Sunday, January 20, 2013

AL-FATIHAH... 19HB JANUARY 2013

Al-Fatihah untuk Arwah Junaidah..

Semalam, kira2 pukul 2am Fiqah & suami serta kaum keluarga sebelah suami dikejutkan dengan pemergian     isteri kepada sepupu En. Hubby. Arwah meninggal selepas melahirkan anak ke-2 di Hospital Sg. Buloh. Pemergian yang bagi kami memamg langsung tidak disangka-sangka. Kesedihan lebih terasa setiap kali terbaca & teringat akan status FB arwah sebelum arwah pergi ke hospital. Arwah sempat letak status minta maaf & didoakan semoga arwah dan baby ke-2 selamat. 

Sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui segalanya. Sapa sangka, dalam kami sekeluarga menunggu berita gembira, kami sebaliknya menerima berita yang sangat tak disangka. Arwah pergi meninggalkan kami. Tak dapat Fiqah luahkan macam mane terkejutnya Fiqah time tu. Sebab Fiqah dah tidur bila suami kejutkan pukul 1.40am kata arwah kritikal. Jantung terus berdegup laju. Badan dah sejuk2 & muka pucat. Dalam hati tak putus2 berdoa semoga semuanya selamat. Tapi ALLAH dah tentukan semuanya. Arwah pergi meninggalkan suami tersayang, anak perempuannya (2 tahun ++) & baby lelaki yang dilahirkan. 

Lepas je dapat berita pemergian arwah, Fiqah & suami terus ke Hospital Sg. Buloh pukul 2.30am. Sedara mara dah ramai kat Hospital. Sempat Fiqah tengok muka arwah untuk terakhir kali. Hancur rasa hati bila tengok muka suami arwah & anak perempuan arwah. Anaknya yg masih kecik, tak paham ape2 pun. Baby kami tak dapat jumpa lagi sampailah ke hari ni. Sebab baby dalam ICU. Setakat yang kami tau, baby setakat ni stabil. 

Arwah selamat dikebumikan selamat di Tanah Perkuburan Sg. Choh Rawang. Semoga arwah tenang disana.  Kenangan bersama arwah akan tetap kekal dalam ingatan kami. Semoga keluarga arwah & juga suaminya tabah dalam menempuh dugaan ni. Sesungguhnya ALLAH lebih menyayangi arwah.

Al-Fatihah...

P/S: Daripada semalam hati tak tenang. Asyik teringatkan arwah. Tiap kali kenangan tu muncul, tak terasa air mata mengalir :((((((

6 comments:

  1. Al-Fatihah...Alhmdullah sekurang2nya arwah kembali pada penciptanya dlm keadaan hulnul khatimah,InsyaAllah arwah ialah seorang pejuang syahid yg tlah dijanjikan syurga tanpa hisab oleh Allah SWT...moga keluarga arwah sntiasa tabah dan kuat dlm dugaan ini...

    ReplyDelete
  2. insyaAllah arwah seorang pejuang syahid!!
    Takziah buat keluarga tica..
    sedihnya dengar berita2 begini.

    ReplyDelete
  3. Al fatihah...
    Sedih saya baca..
    Insyaallah,ibu yang meninggal kerana melahirkan anak,mudahan syahid.

    Takziah ye.mudahan kalian tabah..

    ReplyDelete
  4. Fiqah,
    Ada komplikasi pape ke masa arwah bersalin?kalu tak keberatan nak bitau lah...

    ReplyDelete
  5. Ricky, Amin..

    Ashra, punca sebenar tak tau sgt lagi. Tapi ikut apa yang husband arwah ckp, arwah tiba2 kejang lepas je melahirkan. Babynya pun masih lagi kat ICU sekarang ni. Tolong doakan babynya iye...

    ReplyDelete
  6. Al Fatihah.... Smg arwah dtempatkn dikalangan mereka yg beramal soleh. Aamiin.. Takziah ye

    ReplyDelete