Monday, July 30, 2012

TAKDE ZURIAT..TAK SUNYI KE? MERANCANG KE?

Soalan kat atas selalunya soalan cepu emas yg orang paling suka tanya. Lebih2 lagi kalau dah kawin lama macam Fiqah ni, dah 4 tahun lebih. Kadang tu tak tau nak jawab mcm mane. Sape tak nak zuriat sendiri. Semua orang nak, Fiqah pun nak. Tapi dah ALLAH tentukan belum masa Fiqah lagi. Nak buat mcm mane. So, kalau takde anak lagi, perlukan kita bersedih dan meratap? Mungkin itu bukan Fiqah. Alhamdulillah, dugaan menghadapi kehilangan benda yg kita sayang selama 2 kali telah mengajar Fiqah menjadi lebih kuat dan tabah. Terima Kasih ALLAH. Fiqah tau, ALLAH takkan duga Fiqah kalau dia rasa Fiqah tak bole tanggung dugaan tu. 

Tak cemburu ke tengok pasangan lain, kawin je terus bunting and dpt baby? Errm, kalau dulu, iye Fiqah cemburu & Fiqah tak nafikan. Tapi sekarang, Fiqah just anggap dah rezeki mereka kan. Tumpang sama happy. Takpelah. Buat ape nak sedih2 lepas tu mempersoalkan kenapa kita belum dapat anak lagi. Padahal, itu semua kan urusan ALLAH. Kalau kita menangis airmata darah sekalipun, tapi memang dah ditentukan belum rezeki kita, pasti takkan jadinya. Fiqah ingat lagi masa mula2 Fiqah kawin dulu. Wah, punya excited mengharap nak sgt baby. Tiap2 bulan mengharapkan period delay. Tapi 2 tahun langsung takde ape2 hasil. Last2 Fiqah buat tak tau je. Dalam hati Fiqah, Fiqah cakap, tak nak stress2. Kalau ada rezeki kami, mesti akan ada jugak. Tgk2 tak lama lepas tu, terus ada. Sapa sangka. Cuma sayangnya, kandungan tak lekat lama. Gugur. Memangla sedih sebab dah 2 tahun menunggu. Pastu doc kata, tak payahla sedih2. Mungkin ada sebabnya kandungan ni tak jadi. So, Fiqah redha. Of coz lepas tu, Fiqah nak try conceive lagi. Doc advise rehat 3 bulan dulu. Dalam Fiqah buat tak tau je, lekat lagi dlm masa 3 bulan. Cepatkan. Cuma nya, kandungan bertahan selama 16minggu je. Time ni memang sedih. Sebabnya, tak pernah menyangka Fiqah akan kehilangan utk kali ke-2. Tapi lepas Fiqah pikir2 balik, takpelah. redhakan jelah dia pergi. Mungkin itu yg terbaik utk dia kan. 

So, sekarang ni masih mencuba lagi. Tapi Fiqah tak nak stress2. Fiqah percaya pasti ada sinarnya nanti. Dan Fiqah percaya, setiap apa yg Fiqah lalui sekarang, pasti ada hikmah yg cukup besar utk kami. Syukur, Fiqah dikurniakan seorang SUAMI yg cukup memahami. Yang tak pernah putus2 bagi kata semangat. So, pada sesapa yg kat luar sane, yg masih menunggu cahaya mata mcm Fiqah ni, Fiqah harap bersabarlah. Kuatkan semangat. Ada sebabnya kenapa kita dipilih untuk menghadapi ujian ni. Cuma, kita je tak tau. Sentiasa bersyukurlah dengan setiap apa yg kita ada. Jgn merungut. Belum punyai cahaya mata sendiri bukan bermaksud dunia kita dah berakhir. Perjalanan ni masih jauh. Baik isikan hidup kita dengan perkara2 yg lebih berfaedah. Jangan pernah berhenti berdoa. InsyaALLAH, semoaga 1 hari nanti doakan kita di makbulkan oleh ALLAH. Amin.

P/S: Al-Fatihah to my baby angel..

13 comments:

  1. Betul fiwah.
    Tamau stress k?lalui jalan fiqah dan suami bahagia seadanya.pasti rezki anak akan hadir jua.allah maha mengetahui yang terbaik.

    Btw,kalu ada yang bertanya macam macam kan,
    Fiqah oegang bahunya,cakap lembut2,doakan saya ye.
    Insyaallah...takkan lah meleret soalan soalan cepu emas tu

    ReplyDelete
  2. Ash,
    Biasanya kalau org tanya, Fiqah jwb simple je. Belum rezeki.
    Tapi rasanya pasni nak guna cara Ash tu. Pegang bahu org tu, pastu suruh doakan. Lagi bagus kan :)

    ReplyDelete
  3. insyaAllah suatu hari nnt pasti ada..bykkn berdoa..

    ReplyDelete
  4. As salam Fiqah, masalah awak sama seperti sy.. sy juga sering kali dihujani dengan soalan2 begitu.. mmg sy akui hati sy merintih setiap kali diaju soalan2 itu.. hati ini mudah tersentap bile mana dpt tahu kawan2 malahan adik2 sendiri telah hamil.. kecewa.. sy dh berkahwin selama 5 tahun.. namun sehingga sekrg tiada rezeki menimang anak.. thn lepas sy telah menjalani pembedahan cyst n cervix.. Dr meramalkan sy blh hamil dlm tempoh enam bln.. dah sethn lebih slps operation tp tiada apa pn yg terjadi.. sy cm mampu pasrah.. sy tau sy dh buat yg terbaik.. sekrg ni mmg tumpuan sy ke arah pembelajaran.. sesuatu yg lama sy ingin buat.. namun di sudut hato kecil sy ini sy masih merindui tangisan seorg anak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anda mencari pregnancy(UPT) dan Ovulation (OPK) test murah?
      Hanya RM1/pcs
      lawati blogshop: http://kit-ujian-kehamilan-murah.blogspot.com

      Delete
  5. Salam Fiqah..oo,usia perkahwinan kita lebey kurang je..insyallah pas ni kita ikut jejak rakan2 TTC yg dah berjaya..x pe,kurang2nye fiqah dah penah pregnen macam saya ni x penah lngsung lekat..huhu..but kita +ve je,ada rezeki kita cuma cepat & lambat je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anda mencari pregnancy(UPT) dan Ovulation (OPK) test murah?
      Hanya RM1/pcs
      lawati blogshop: http://kit-ujian-kehamilan-murah.blogspot.com

      Delete
  6. Natrah,
    Salam perkenalan. Sama2lah kita bersabar. InsyaAllah ada rezeki kita. Mungkin belum sampai masanya. Just be happy dengan ape yg ada. ALLAH dah rancang yg terbaik utk kita. Kita sama2 doa. Mana tau, taun depan, rezeki kita pulak kan :)))

    ReplyDelete
  7. Aquagugurl,
    Wasalam, salam perkenalan. InsyaAllah, moga taun depan kita sama2 ikut jejak rakan2 TTC yg lain. Just pikir yg positif je. Bila pernah gugur 2 kali ni, buat Fiqah lagi kuat sebenarnya. Alhamdulillah. Fiqah percaya semua ni ada hikmahnya. Yg penting, jgn putus asa kan.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anda mencari pregnancy(UPT) dan Ovulation (OPK) test murah?
      Hanya RM1/pcs
      lawati blogshop: http://kit-ujian-kehamilan-murah.blogspot.com

      Delete
  8. Asslmkm puan syafiqah. Alhamdulillah, awak tak putus asa mencuba. Saya nak cadangkan awak cuba produk SNE. Mana tahu, rezeki awak. Jemput le ke blog saya. Saya akan masukkan testimoni org yang pernah serupa dgn kes awak. Lawat blog saya kalau senang, http://senangnakelok.blogspot.com

    ReplyDelete