Bila Jun muncul je, hati mula tak tentu arah. Terkenang peristiwa yg lepas. Teringat saat kehilangan my 2nd "Baby Angel" pada 13hb June 2010. Selepas kehilangan 1st Baby Angel pada 13th December 2009, Fiqah menyimpan seribu harapan untuk my 2nd baby. Tapi, ALLAH itu lebih mengetahui. Sekuat mana keinginan Fiqah ingin memilikinya, Fiqah kena akur dengan ketentuan ALLAH. Kena redhakan pemergiannya. Pejam celik, dah dekat 2 tahun kehilangan.Tapi dalam hati masih terasa. Bezanya, Fiqah lebih kuat sekarang. Menempuh setiap detik dan saat dengan penuh sabar & redha. Mempercayai, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Walaupun, ada masanya hati terkenang & menangis di dalam diam. Fiqah percaya, rancangan ALLAH adalah yang terbaik. Hidup kena diteruskan. Tak guna merintih, merungut. Sebaik-baiknya, terus mensyukuri setiap nikmat yang Fiqah dah miliki sejak dari lahir hinggalah sekarang. Meniti hari2 yang indah & bahagia bersama En. Suami yang sentiasa ada disisi & tak pernah jemu memberi kata semangat.
Untuk suamiku...Terima Kasih diatas segalanya...I love you so much !!!
No comments:
Post a Comment