Wednesday, April 27, 2011

TEMAN & SAHABAT SETIAKU..

Hot Mama - Kimora Loli
Anak2 Kimora Loli - Umur, 3 Bulan

Kenit yang manja :P

Selamat Pagi semuanya !! Harap2 semua dalam keadaan sihat walafiat iye..Pagi ni Fiqah nak bercerita mengenai teman & sahabat terbaik Fiqah dirumah...Sape lagi, Rabbit2 Fiqah la. Kalau nak tau, diaorang ni peghilang rasa duka & sunyi. Walaupun rabbit ni tak ada bunyi macam kucing, tengok telatah diaorang pun da cukup menenangkan hati. Kenit & Loli memang dengan aku. So, diaorang ni la jadi peneman dirumah. Anak2 Loli pulak ada kat umah mummy Fiqah. Every weekend WAJIB pegi umah mummy pasal nak jumpa budak2 kecik ni. Baru je berumur 3 Bulan. Tapi noty & kuat makan :P

Masa budak2 kecik ni lahir dulu, setiap pagi kitaorang adik beradik termasuklah suami tersayang, terpaksa bangun 5.30am coz nak susukan budak2 ni. Ibunya, Kimora Loli (yang kitaorang selalu gelarkan HOT MAMA) memang tak reti nak jaga anak dia. Nak susukan pun tak reti. Lebih kurang sebulan jugak la rutin menyusukan manually ni berlaku. Penattttt.... Alhamdulillah, berkat kesabaran kitaorang semua semua anak Loli, 6 ekor selamat jugak sampailah sekarang :))))

Orang selalu kata, bila kita bela binatang ni, rezeki selalunya akan datang dalam keadaan yang kita tidak sedar. Aku rasa memang ada betulnya. Bayangkan, semuanya ada 9 ekor rabbit kitaorang bela (termasuk ayah si budak kecik - Binky), makanan diaorang memang perlukan banyak. So, banyak jugak perbelanjaannya kan..Tapi setakat ni, makanan diaorang selalu cukup, walaupun kadang2 rasa macam mahalnya perbelanjaan makanan diaorang ni. Alhamdulillah.

Kepada rabbit2 ku sekalian, Mummy sayang korang semua.
MMmuuuuuuahhh !!!! :))

1 comment: