Sunday, March 13, 2011

LUAHAN HATIKU SEBAGAI SEORANG BERGELAR ISTERI..


Tidak lama lagi genap 3 tahun usia perkahwinan aku dan hubbyku yang tersayang. Ya Allah, aku bersyukur kepadamu kerana dikurniakan seorang suami yang cukup memahami & menyayangiku. Sebagai seorang isteri, jauh di lubuk hati aku, aku memang tak boleh elak daripada rasa sedih tiap kali aku tenung muka suamiku. Kecewa & sedih kerana aku masih belum mampu memberinya sebuah hadiah yang bernama "ZURIAT". Walau apapun, aku redha dengan setiap ketentuan Allah S.W.T. Setiap orang ada haknya tersendiri. Dan Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita, termasuklah aku dan suamiku.

Semalam, secara tiba2 aku cakap kat hubbyku, andainya aku dikurniakan seorang ZURIAT pun aku bersyukur sangat2. Yang penting bagiku, membahagiakan hubbyku. Tak terasa menitis juga air mata aku lepas aku cakap macam tu kat hubbyku. Terus hubby aku marah. Hubbyku kata "Yang penting kita sentiasa bersama, itu dah cukup bahagia baginya"..Sayunya hati aku bila mendengar kata hubbyku.

Aku takkan berputus asa. Semoga rezeki kami akan sampai jua nanti. Amin. Buat hubbyku yang tersayang, TERIMA KASIH diatas segalanya. Hubby yang sentiasa menjadi sumber kekuatanku dalam apa jua dugaan yang telah aku tempuhi dan juga dugaan yang mendatang.

2 comments:

  1. tika..

    jangan stress tau, rezeki utk dapat anak pasti akan datang tica..teruskan berusaha..jangan putus asa..mungkin Allah belum mahu kasi, nak tica luangkan masa lagi utk husband..kan kan..jangan sedih 2 k..be happy..luv u tica, muahhh

    u r strong dear..be strong alwaz..

    ReplyDelete
  2. Sue..Sue...TQ :)
    Aku ok. Aku redha Sue. Blum rezeki aku, walaupun dah 2 kali gugur aku tak putus asa. Allah lebih tau apa yang terbaik utk aku buat masa ni. Jgn risau :)

    ReplyDelete