Thursday, March 24, 2011

LAT KAMPUNG BOY SEBUAH MUZIKAL





Semalam, 23hb Mac 2011 aku dan suamiku berkesempatan ke Teater Muzikal buat pertama kalinya, Lat Kampung Boy Sebuah Muzikal. Secara keseluruhannya memang best sangat2. Persembahan tanpa henti dekat 3 jam memang penuh dengan gelak je. Watak LAT dilakonkan oleh Awie. Berjaya lakonan Awie dalam teater ni. Sangat suka dengan watak kawan rapat LAT iaitu Frankie yang dilakon kan oleh Douglas Lim. Tiap kali watak dia muncul memang tak dapat berhenti ketawa. Selain tu, ada juga watak boss kepada LAT semasa dia bekerja di NST iaitu Pak Samad yang dilakonkan oleh Omar Abdullah. Watak dia ni pun kebanyakkannya lucu sangat2. Antara dialog yang paling lawak la oleh Pak Samad (Omar Abdullah) "Cantik tak anak aku? Lima minit je aku buat dia"..?Masa tu memang semua gelak besar. Hehhee...

Sepanjang teater ni berlangsung, Mrs Hew sendiri pun ada datang. Antara kata2 Mrs Hew yang bole dijadikan motivasi utk diri sendiri "DO WHAT YOU LOVE, LOVE WHAT YOU DO". Memang aku ingat sampai sekarang.. Overall aku rate Teater Lat Kampung Boy Sebuah Muzikal ni 4 bintang daripada 5 bintang !! Pada sesiapa yang tak tengok tu, pegilah tengok. Memang enjoy and takkan rugi :)

2 comments:

  1. wat besnye..gi teater muzikal..da lama tak pergi..last pergi sblm kawin..hehe.

    ReplyDelete
  2. tica..wat muka hang cam nak nangis..

    su, sunway

    ReplyDelete