Wednesday, February 23, 2011

HACHIKO - THE MOST LOYAL DOG



Semalam, aku tengok Cerita Hachiko ni versi Jepun pula. Sedih sangat2. So, dua2 versi da tengok. Yang English Version & Japanese Version. Memang puas hati sangat2.

Fiqah nak bercerita pasal asal usul Hachiko ni. Hachiko dilahirkan di Odate Jepun pada tahun 1923. Dan pada usianya 2 bulan, Hachiko telah dihantar kepada seorang Professor bernama Ueno. Setiap hari, Hachiko akan menghantar dan menyambut Professor tersebut di Shibuya Station. Sehinggalah satu hari tu, Professor tu meninggal. Kesetiaan Hachiko pada tuannya terlalu hebat. Selama 9 tahun Hachiko akan datang ke Shibuya Station untuk berjumpa tuannya sehinggalah Hachiko mati pada tahun 1935.

Kasih sayang Hachiko & kesetiaan Hachiko betul2 membuatkan hati aku sedih. Bayangkan macam mana dia tunggu tuannya & berharap tuannya kembali selama 9 tahun. Kesetiaan Hachiko kini tersemadi pada sebuah Tugu Peringatan diluar Shibuya Station. Sekiranya ada rezeki satu hari nanti aku ke Jepun, nak sangat pegi tengok Tugu Peringatan ni.

1 comment:

  1. owhh..bes ye.nanti nak try tgk la cite ni..

    ada satu crita lama (tak ingat tajuknya),pasal anjing dan tuannya gak..ending crita tu wat sy meleleh gak la airmata.he.

    ReplyDelete