Puncak Gunung Kinabalu
Di Kinabalu Pine Resorts
Aku dan suamiku di Kinabalu Pine Resorts. Memang cantik sangat resort ni.
Benda ni pun ada dijual di Pasar Malam. Rasanya orang Sabah makan benda ni.
Pemandangan Sunset di Waterfront Kota Kinabalu. Memang cantik.
Minggu lepas, aku dan suami ku telah ke Kota Kinabalu Sabah, Negeri di Bawah Bayu untuk pergi bercuti. Seronok sangat tak terkata. KK tak lah besar mane pun. Tapi yang bestnya, bandarnya tak sesak macam KL. Kalau nak shopping kat sane, kira tak payahlah, coz di KL ni of coz lebih banyak and murah pilihannya. Cuma, kalau nak shopping mutiara, memang bole sangat2 kat sana. Harga pun murah & berpatutan.
Semasa di Sabah, sempat juga ke Kundasang dimana terletaknya Gunung Kinabalu. Masa mula2 tengok Gunung Kinabalu tu memang tak terkata apa. Memang cantik sangat. Nasib baik juga kami sempat tengok puncaknya sebelum diliputi awan. Orang kata, kalau nak pemandangan cantik memang kena pergi pagi2. Kalau tak, rugi sangat2. Coz bila dilitupi awan tu memang da tak nampak ape. Macam tak berbaloi pula perjalanan 2 jam setengah tu nanti. Nasib baik la kami pergi dengan saudara sebelah suami yang dah lama tinggal di KK. So, dia lebih tau macam mane plan yang terbaik. Kami memang puas sgt2. Sampai sekarang terbayang2 kan puncak Gunung Kinabalu. Memang indah ciptaan Allah S.W.T
No comments:
Post a Comment