Wednesday, June 4, 2014

CUTI - CUTI SEOUL 14-19TH MARCH 2014 PART 1

Bulan March 2014, ngam2 sebulan lepas Fiqah buat operation, Fiqah & family mertua semua pergi bercuti ke Seoul Korea. Percutian yg ni memang kami dah rancang daripada pertengahan tahun 2013 lagi. Oleh kerana anak menantu semua gile variety show & drama Korea, so mak mertua & ayah mertua bersetujulah untuk percutian kali ni kami ke Korea pula. Last kami pergi bercuti satu keluarga pada September 2012. Time tu kami pilih Sabah. Utk kali ni, kami pilih untuk keluar daripada Malaysia pula. 

Flight kami ke Seoul Korea pada 14th March 2014 pukul 8am. Ambil masa 6 jam utk sampai ke Seoul. Naik kematu jugak duduk lama dalam flightkan. Tapi bila sampai je di Incheon Airport, semua penat dalam kapal terbang automatik hilang. Kami disambut dengan angin sejuk & cuaca dingin masa di Incheon Airport. Musim masa tu awal Spring. So memang best sangat2. 

Ohhh ya... Sebelum terlupa, kami menggunakan tour guide student2 Malaysia yg belajar kat sana. So memang jauh lebih murah daripada tour guide yg lain. Cumanya perjalanan tu banyak menggunakan public transport & MRT. So, memang kena tahan sikit la. Sebab banyak berjalan kan. Pada sesapa yang berminat nak menggunakan servis mereka, boleh la layari: LURIMA TRAVEL Pasti puas hati. Sebab yang menguruskan pun bangsa kita sendiri kan. So senang la sikit. 
Daripada airport, kami terus ke guesthouse. Kami tinggal di area Myeondong. So memang happening la tempat ni. Myeondong ni terkenal dengan kawasan shopping barang kosmetik. Guesthouse kami terletak dikawasan berbukit. So selama 6 hari kat sana, kami exercise pagi & malam. Hehe. Guesthouse sangat2 selesa dan bersih. Kami ambik 2 unit sebab ada 11 orang. Owner guesthouse ni pun sangat2 friendly.

Lepas rehat & solat, kami pegi cari tempat dinner pula. Dekat Korea memang susah nak cari tempat makan yang betul2 halal. So memang kena pandai2 lah kan. Macam pakej yg kami ambik ni, memang dah termasuk transportation, makan2 & tiket2 tempat yang kami akan lawat. So, kami just ikut je. Hari pertama kami dinner di Yoogane. Terletak di Myeondong. Kami makan nasi goreng seafood.
Yang pakai topi tu lah Tour Guide kami, Azree :)
Nasi goreng ni sangat2 sedap. Orang sana namakan nasi goreng ni Pokembab. Diaorang akan goreng nasi ni depan2 kita. Oleh kerana kelaparan, memang sekejap je habis licin. Hehe. Sabo jelah. Lepas makan, kami ke Cheonggyecheon Stream. 
Pemandangan memang cantik. Ditambah pula cuaca sejuk, memang best. Jalan pun tak terasa penat sangat. Walaupun untuk ke sini, kami kena bertukar banyak MRT. 

Esoknya lepas breakfast di guesthouse, kami pergi ke Namdaemun untuk shopping souvenir pula. Beli awal2 sebab hari yang lain2 kami malas nak shopping lagi dah. Sbb kami sekeluarga memang bukan kaki shopping pun kalau pegi bercuti. Kami lebih prefer jalan2 tengok pemandangan :)
Perjalanan kami bermula. Tengok tak muka masing2 sangat excited. Pagi2 kena bersenam. Turun bukit ni. Hehe. Jalan paling depan sekali, tour guide kami, Azree.

Dalam bas pun siap ambik gambar. Haha. Jangan marah. 
Lepas je abis shopping, kami lunch di Itaewon. Itaewon ni tempat famous sebab kat sini banyak pelancong. Kami lunch di Ankara Palace, Turkish Restaurant.
Lepas perut kenyang, kami teruskan perjalanan ke Masjid di Itaewon utk solat pulak. Exercise lagi sebab masjid ni terletak di kawasan berbukit.
Lepas solat, kami teruskan perjalanan ke Hanok Village pula. Tempat ni sangat2 cantik. 
Lepas puas berjalan, hari kedua ni kami dinner makan Rabokki pula di Sindangdong Topokki Street.
Kesian, muka masing2 dah penat dan lapar.. Hehe..
Ok, tamat sudah cerita perjalanan kami hari ke-2 di Seoul. Esok paginya pula kami mulakan program kami dengan kelas membuat Kimchi pula.
Masing2 gigih potong sayur ikut arahan Cikgu. Bestnya dapat buat Kimchi sendiri lepas tu siap pack & bawa balik Malaysia :)
Budak 2 orang ni pun joined sekali. Mesti Kimchi diorang yang paling sedap nantikan.
Tadaaa !!! Dah siap.. Tunggu untuk pack & dibawa balik je..
Lepas kelas buat Kimchi habis, kami ambik gambar kenangan menggunakan pakaian tradisional Korea pula.
Kecomelan sangat2 terserlah. Hehe. Fiqah suka sangat gambar ayah & mak ni. 
Gambar kenangan dengan cikgu kami. Harap2 ada rezeki kita jumpa lagi iye.

Hari ke-3, kami makan di Yoogane lagi sekali. Makan Nasi Goreng Seafood lagi. Nasi Goreng ni dah jadi kegemaran kami sekeluarga. Memang sangat2 sedap. Lepas perut kenyang, kami teruskan perjalanan ke Gwanghwamun Square & Gyeongbokgung Palace pulak.
Lama juga kami kat sini, sebab kawasan sangat2 luas. Untuk dinner kali ni pula, kami makan ikan bakar.
Masa on the way nak pegi tu, boleh pula terjumpa Choo Sarang. Yeayyyy !!! Walaupun hanya 
papan iklan saja. Sebab Fiqah memang peminat Choo Sarang yang sangat2 comel ni. Fiqah selalu cakap kat hubby. Nak tengok selalu muka Choo Sarang ni. Nanti kalau dapat baby, dapat baby comel macam Choo Sarang. Hehe. Amin :)
Oleh sebab dah terlalu penat, cuma ada sekeping gambar ikan ni je. Haha. Kesian betul. Tapi memang sedap. Ikan mackarel ni memang favourite Fiqah pun. Memang puas hati sebab dapat makan ikan bakar ni kat sana. 
Malam tu, sampai je di guesthouse, kami ambik gambar kenangan dengan tour guide kami pula. Orangnya yang paling kanan sekali. Student Malaysia daripada Sabah, Jara. Tq Jara bawa kami jalan2 :)

Oklah, setakat ni je dulu. InsyaAllah, esok atau lusa, Fiqah update perjalanan kami ke Nami Island, Lotte World & Namsan Tower pula k. TQ :)

1 comment:

  1. Salam.

    Nak tanya masa ni weather dlm berapa degree c eh? pergi march next year. hihi :)

    ReplyDelete