Rasa bersalah...Bersalah sangat2. Tapi bak kata hubby, kami memang takde pilihan masa tu.
Black & Blackout..U will be missed :(((
Kucing2 ni sebenarnya sebelum ni Fiqah jaga. Sehinggalah pada 22nd March 2013, Fiqah terpaksa cari adopther utk diaorang. Disebabkan Fiqah duduk apartment, Fiqah tak bole nak bole semua. Kalau Fiqah bela semua, jumlah kucing dalam rumah 6 ekor. Which is memang tak sesuai. Management apartment pun tak bagi sebenarnya bela lebih daripada 1 ekor kucing dalam rumah (untuk jenis Apartment). So, sekarang ni Fiqah just ada 3 ekor je yang dibela dalam rumah (Kookie, Mongjie & Chanduli).
Dengan rasa berat hati, Fiqah lepaskan ketiga-tiga ekor ke keluarga barunya. Yang lagi sekor warna campur2 tu, Fiqah adoptkan juga. Setakat ni dia happy dengan keluarga barunya. Siap tuan barunya hantar video kat Fiqah. So happy bila tengok dia happy.
Ni gambar Blacky & Blackout masa kat rumah keluarga barunya.
Malangnya semalam, Fiqah dapat berita daripada adopther untuk 2 ekor budak itam tu. Sekor dah mati pagi semalam. Sekor tengah tenat pagi ni. Ya Allah, masa dapat tau berita tu semalam, laju air mata Fiqah jatuh. Kata keluarga barunya, demam teruk. Dah bawa gi klinik pun tak bole nak sihat. Fiqah rasa, bukan sebab demam semata-mata, tapi mungkin keracunan ataupun terkena virus.
Perasaan sedih tak bole Fiqah nak cakap macam mane. Sbb 2 ekor budak itam ni, walaupun itam, tapi comel & nakal sgt. Fiqah sempat jaga budak 2 ekor ni selama 4 bulan. Tengok saat diaorg dilahirkan. Bila pandang kat gambar ibu diaorang, rasa lagi sedih.
Ni lah gambar ibu untuk ketiga2 anak kucing tu, Chanduli namanya.
Mungkin sudah sampai ajalnya. Fiqah tak boleh nak cakap ape.
Blacky & Blackout... sayang korang... Maafkan Mummy iye...
P/S: Nasib baik Fiqah sempat ambik video diaorang berlari-lari dlm rumah sebelum diaorang diadopt. Ada jugak sebagai kenangan.. Sedih sangat2 :(((
No comments:
Post a Comment