Tuesday, November 27, 2012

ALHAMDULILLAH, DAPAT BABY BARU..

Morning Semua. Lama giler tak update blog. Kehabisan idea. Cuma sekarang rajin blogwalking saja tengok blog kawan2. Hehe..

Best tajuk entry kali ni. Alhamdulillah, 25th November 2012 hari tu, Fiqah dapat anak buah baru. Adik ipar selamat bersalin di Hospital Sg Buluh 25th Nov 2012, malam. Baby boy lagi. So, adik ipar ada 3 boys sekarang. Tapi masih tak berkesempatan nak jumpa baby baru (Ahmad Izuddin). Tak sabarnya mak we nya ni nak jumpa. Hati dah melonjak-longjak nak jumpa. Nak cium bau baby. Bestnya. Si Hubby sibuk bekerja. Kena tunggu dia free sikit and takde appointment. Maklumla, kerja sendiri kan. Tak mcm org lain yg makan gaji. Kena kerja keras sikit. 

Utk Fiqah sendiri pulak, setakat ni takde ape crita lagi. Takpelah. Lagipun mmg tengah berusaha sekarang. Harap2 adalah rezeki tahun depan iye. Doakan je. Amin..

4 comments:

  1. Samalahhhh kita.kemalasan dan tatau nak update hape.tapi kalu kenangkan kengkawan maya,kenangkan blog,rasa sayang nak tinggalkan sepenuhnya kan.hehe

    Alhamdulillah...mesti chumel..hehe

    ReplyDelete
  2. Tahniah...At least ada gak anak sedara yg baru..Min ni teringin nak main ngan baby, dok pikir gak, kalau ada anak sedara baru lahir kan best, leh tumpang kasih...Bab kemalasan tu, sama la jugak, malas sgt2, idea ada, tapi ntah la...

    Ermm..just nak tanya, Fiqah penah try x krim lumiglow? Saja nak tau psl dok tgk testi kat fb cam ramai yg preggy lepas pakai krim tu, tapi ntah la kan, tu testi dr fb peniaga...So, min nak cari testi sendiri...Harap x kisah :)

    ReplyDelete
  3. Ash,
    Itulah, malas nak mengupdate. Tapi kenangkan kawan2 sayang nak stop blogging. Suka bila masing2 share idea and story :)

    Min,
    Memang seronok sgt bila dapat anak sedara baru. Walaupun bukan anak sendiri, tapi rasa macam baru dapat anak sendiri pulak..Hehe..Over kan. Part paling best, bole cium2. Bau baby terapi paling BEST !!

    Takpe Min, tahun depan kita preggy sama2 iye. Amin. Just stay positif :)
    Fiqah pun selalu jugak tgk pasal Lumiglow ni. Ada rasa nak cuba, tapi tak tercuba lagi. Sekarang ni Fiqah try produk HPA - Para Maria. Adik ipar yg suggestkan. Harga pun tak la mahal sgt. Adik ipar dah 2 tahun lebih kawin, makan tu sebulan terus lekat. Sekarang dia preggy 2 bulan. Alhdmulillah.
    Dia tau pun daripada kawan2 yg sama2 TTC mcm dia. Since harga dalam RM20++ je, so Fiqah try tu jelah dulu. Just ikhtiar je, yg lain2 tu biarlah ALLAH yg tentukan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Fiqah krn sudi menjawab survey x rasmi min..hehe..Hurm, kakak min pun ada suggest suh try produk HPA, tapi ntah la, bila tgk produk HPA ni banyak sgt yg nak try nya, sbb min ni jenis badan sakit, nak makan herba tuju angin la, macam2 la...Hari tu ada ambil 4 botol (4 jenis ubat), tapi semuanya x makan abis pun...ntah2 dah expired...huhu...

      Delete