Monday, July 16, 2012

AKU, KAU & DIA...

AKU, KAU & DIA...

Sob..Sob.... (Lap air mata sikit)...
Fiqah baru je habis tengok crite ni online. Mula2 tu teragak-agaklah nak tengok sebab tak pasti crite ni best ke tak. Sebabnya pelakonnya pun biasa2 je. Tapi disebabkan Pengarah nya Pierre Andre, so Fiqah tengok juga. Alhamdulillah, crite ni tak menghampakan Fiqah. Crite ni ada part sedih, happy & lucu. Semua ada. Yang paling penting, mesej yg kita bole dapat daripada crite ni. Sebab kadang tu crite melayu ni betul2 mengecewakan. Macam tak memberi harapan. Crite ni lain sikit. Walaupun crite ni ada part sedihnya, tapi endingnya happy. Itu yang Fiqah suka. 

Crite ni mengisahkan MIA yang kehilangan tunangnya akibat kemalangan jalan raya. Lepas je tunang dia meninggal, MIA seolah-olah putus harapan untuk teruskan hidup. Untuk menghilangkan rasa rindu pada arwah tunangnya, MIA mencipta satu lagu ditujukan utk tunangnya, ILHAN. Malangnya, satu hari MIA pula terlibat dalam kemalangan & koma hingga menyebabkan dia lupa akan lagu yang diciptanya. MIA cuba sedaya upaya untuk ingatkan balik lagu tersebut, tapi gagal. MIA pegi balik kat tempat dia kemalangan dengan harapan dia jumpa balik nota lagu tersebut. Dan dekat situ jugaklah dia jumpa dengan IZLAN (Remy Ishak) seorang pemuzik jalanan. So, bermulalah daripada situ, MIA dan IZLAN rapat dan etc. Tak nak crite lebih. Tengok sendiri. Yang pastinya, BEST..

Crite ni mengajar kita untuk terus move on no matter what happened. And kata2 ending crite ini yang Fiqah betul2 suka....

"TUHAN TIDAK SEMESTINYA MEMBERIKAN APA YANG KITA MAHU, TETAPI TUHAN PASTI MEMBERIKAN APA YANG KITA PERLU"

Dalam kan maksud kata2 ni. 
Tahniah kepada Pierre Andre & juga pelakon2 crite ni :)

No comments:

Post a Comment