Tuesday, December 13, 2011

HATI KEMBALI TENANG...

Setelah beberapa hari jiwa & hati agak kacau, akhirnya semalam hubby tersayang dapat nampak perubahan kat Fiqah. Mungkin dah namanya suami, mesti dapat rasa aura si isterikan. Hubby tanya, ada nangis ke lately??? Tersentap juga bila dia tanya. Bila dia tanya mcm tu, Fiqah terus jawab "takde". Kononnya tak nak lah dia tahu. Rupa-rupanya En Suami tak percaya. Last2 terpaksa mengaku. Tapi belum sempat Fiqah bercerita, Fiqah da nangis dulu....Haha..Time tu hubby peluk rapat2 dah tahu kenapa Fiqah jadi macam tu. Hubby cakap.."Ini mesti pasal anak kan??"....

Sayunya hati Fiqah bila hubby cakap, masih banyak lagi benda yg dia nak buat utk Fiqah. Dia tahu, Fiqah sebenarnya banyak fikirkan perasaan dia. Terus hubby cakap, dia ok. Dia dah ada Fiqah bersama setiap hari pun dah cukup bersyukur sangat2. Itu yang paling penting. Tak naklah sedih-sedih. InsyaAllah, kalau dah sampai rezeki kami nanti, Allah pasti kurniakan. Ape lagi, bercucuran lagilah airmata...

Mudah-mudahan, Fiqah akan jadi lebih kuat lepas ni.

Untuk hubby, Terima Kasih banyak2 kerana sangat memahami..
I Love You so muchhh !!!!

3 comments:

  1. =( Sedih dan sebak juga....

    fiqah,
    sabar k?saya turut mendoakan.sebesar ujian allah,sebesar nikmatnya pasti akan fiqah rasa nanti sekalipun bukan masa terdekat ni k?

    bertuah fiqah punyai suami menyokong kehidupan fiqah.mudahan,kalian berdua sentiasa sabar dan terus menjalani kebahagiaan seadanya..

    emm..fiqah join RH kan?ada amik tips dari kawan2 kat sana?..
    saya dulu dalam usaha,ada gak buat BBT dan menggunakan OPK sebagai usaha.

    mudahan ye fiqah,sesama kita doakan..

    ReplyDelete
  2. Fiqah~suami la kekuatan orang mcm kita nih....
    Kalau diorang xsupport tak tahu la kan....Thanks sgt utk suami kita...Sebab diorang kita masih boleh berdiri teguh....sabar yer...insyaAllah suatu hari nanti pasti ada!

    ReplyDelete
  3. Ash,
    TQ. Semoga apa yg selama Fiqah hajati akan tercapai jugak nanti. Cuma yg paling penting sekarang adalah SABAR. Cuma masa dan waktu yg akan menentukan semuanya.

    Fiqah mmg joined forum. Tapi tak berapa aktif. InsyaAllah, Fiqah akan jenguk juga utk dapatkan tips2 kat sane. Thanks iye Ash :))

    Nurryama,
    Betul. Dlm keadaan macam sekarang ni, suami adalah segala2nya. Dialah sumber kekuatan. Bersyukur kita dianugerahkan suami yg cukup memahami. Bagi Fiqah, takde yg lebih bermakna daripada kebahagiaan suami. Mudah-mudahan rezeki kita sampai jua nanti iye. Amin..

    ReplyDelete