Wednesday, September 21, 2011

LAKSA SARAWAK

Tadaa... Inilah hasilnya...
Bihun telah dicelur
Telur Dadar + Isi Ayam
Sambal Belacan
Perencah Laksa Sarawak

Malam ni Fiqah teringin nak makan Laksa Sarawak. Since Fiqah da tapau siap2 perencahnya dari Miri haritu, so ape lagi, projek jalan lah. Hehe. Actually nak buat Laksa Sarawak ni senang je. Cuma masalahnya perencah Laksa Sarawak tu setakat ni Fiqah tak jumpa pun kat KL ni. Itu yang payah. Pada sesapa yang tak penah makan, Laksa Sarawak ni lain daripada laksa-laksa yang ada kat Semenanjung tau. Tapi sedap hingga menjilat jari. Yang menjadi penyedap Laksa Sarawak ni adalah sambal belacannya. So, kalau sambal belacan takde, kiranya bukan Laksa Sarawak.

Fiqah tempekkan bahan-bahan dan cara membuatnya ok..

Bahan-Bahan:
Bihun (Dicelur)
Perencah Laksa Sarawak
Telur Dadar (Digoreng dan dipotong halus)
Isi Ayam (Direbus sekali dengan perencah laksa kemudian dikoyakkan halus2)
Santan
Daun Sup
Bawang Goreng

Caranya:
Mula - mula rebus ayam sekali dengan perencahnya sekali.

Bila ayam dah masak, bolehlah diangkat dibiarkan sejuk kemudian dikoyak halus2.

Air rebusan tadi ditapis kemudian dimasak lagi sekali. Tambah santan, garam dan ajinomoto secukup rasa.

Buat telur dadar, kemudian dipotong halus2.

Bila kuah da siap, bolehlah dihidang.

Senang je kan. Memang ringkas.

Selamat Mencuba :))

2 comments:

  1. boleh try ni fiqah..hehe
    pernah rasa laksa sarawak..tapi makan di laksa shack lah.. =p

    ReplyDelete
  2. Wow sedap nya.. Mau dicuba, tapi perencahnya mana mau dicari sih..

    ReplyDelete