Monday, September 12, 2011

CUBAAN KALI KE-3 ???

Dah lama Fiqah tak update blog ni coz tak tau nak update ape. Cuma lately Fiqah asyik terpikir satu benda je. Persoalan yang selalu sangat keluar dalam kepala. Fiqah da ready ke utk Preggy lagi sekali???? Persoalan yang Fiqah sendiri tak pasti jawapannya. Dalam hati memang melonjak-lonjak utk mencuba utk kali ke-3. Tapi setiap kali keinginan tu timbul, Fiqah terus tersentap bila teringatkan keguguran Fiqah yang lepas-lepas, especially the 2nd one. Immediately Fiqah akan rasa takut sangat. Terpikir jugak, Fiqah trauma ke? Fiqah pun tak pasti.

Kalau nak diikutkan da cukup setahun lebih lepas Fiqah keguguran masa 2nd pregnancy dulu. Patutnya kekuatan tu dah ada. Siapa tak nak baby. Fiqah nak sangat2. Hampir tiap hari Fiqah berdoa semoga Allah kuatkan hati Fiqah dan juga permudahkan rezeki Fiqah. Kalau ikut perancangan Fiqah dari awal lepas keguguran kali ke-2, Fiqah plan utk pregnant lagi sekali lepas Raya. So, kalau ikutkan this is the time.

Ya Allah, kau kasihanilah aku Ya Allah..Kau tabahkan hati aku. Kau tenangkan jiwaku. Permudahkan segala urusanku Ya Allah..Sesungguhnya aku ini hanya insanmu yang lemah. Berikanlah aku petunjukmu Ya Allah...

3 comments:

  1. salam fiqah..
    mmg lama fiqah tak update kan..
    Selamat hari raya...

    emm..saya sendiri pun fobia.tapi nakkan pengganti,kuatkan semangat je,pk positif.andai kata sekali lagi,tatau lah nak kata.patah semangat dibuatnya.hanya leh doakan je kan fiqah..

    fiqah pun sama k?kuatkan semangat,jgn putus asa,sentiasa positif..doa banyak2,mudahan rezki allah sampai jua.saya pun sentiasa doakan fiqah =)

    ReplyDelete
  2. Selamat hari raya tica....

    jangan bersedih sgt tau anggap itu satu rahmat Allah...dan pastinya mungkin ini akan membuahkan satu kisah yang sangat bermakna dan gembira selepas ini insyaAllah.

    Ingat dugaan Allah bukan diberi kepada semua orang..hanya yang terpilih sahaja..dan anda adalah salah seorang dariNya...

    Sila la cuba mana tau tica dapat kembar 2..wah bestnya..keep on think positive ok! Chaiyokk

    ReplyDelete
  3. Ash:
    TQ atas kata2 semangat..InsyaAllah..akan terus kuat. Bila tengok org lain preggy memang tak leh lari daripada perasaan cemburu. Apepun Fiqah serahkan segalanya pada Allah..Fiqah doakan semoga Ash & baby sentiasa sihat & dipermudahkan segalanya. Amin :)))

    Aiza:
    TQ Aiza kata2 semangat. InsyaAllah, takkan putus asa. Cuma normal la, sifat manusia. Ada masanya takut sgt. Takut kehilangan lagi sekali. Just, doakan Tica iye :)))

    ReplyDelete