Wednesday, September 14, 2011

BUAH DABAI..OH BUAH DABAI

Selamat tengahari semuanya..Dah lunch ke?? Time Fiqah buat entry ni, Fiqah baru je lepas lunch berlaukkan buah DABAI. Sedap hingga menjilat jari tau. Agaknya ada tak sesapa yg daripada Semenanjung ni yang pernah makan buah DABAI ni. Coz buah ni cuma terdapat kat Sarawak je. Paling banyak area Sibu dan Sarikei. And baru2 ni masa Fiqah balik daripada Miri, Sarawak pun Fiqah sempat tapau sikit daripada sana. Tak dapat nak tapau banyak. Harganya, bukan main lagi. Boleh shopping baju tau. Fiqah beli 2kg je pun kena RM60.00. Tapi disebabkan kat Semenanjung ni takde buah DABAI ni, so tutup mata beli lah..Haih...

Semenjak Fiqah balik daripada Sarawak hari tu 10th Sept 2011, hampir tiap hari makan buah DABAI ni. Family pun cukup suka. Maklumla, da bertahun2 tak makan. Kalau kat Sarawak dulu, tiba je musim buah DABAI wajib beli. Ni bila nak makan pun rasa sayang. Takut cepat habis :P

Agaknya bilalah dapat makan buah DABAI ni lagi yek.....

**Asyik makan...makan...makan...dan makan lagi....Hehehe..**

2 comments:

  1. Sya penah makan... Tapi masa sekolah rendah dulu je la masa dok brunei.
    Tapi tatau cara masaknya. Mak yang wat n makan ngan ikan masin.
    Sedap tapi angin kan...

    ReplyDelete
  2. tak pernah makan..
    dengar nama pun tak..huhu.

    saya ni teruk sket.bak kata hubby,saya suka makan makanan yang common je.tak suka try..keke..

    ReplyDelete