Friday, September 30, 2011

Al-KISAH PADINI WAREHOUSE SALE !!


Sampai di Padini Warehouse jam 9am. Tapi orang dah ramai..
Time kitaorang keluar jam 11.30am. Punyalah ramai orang....Fuh...

Pagi tadi Fiqah pegi ke Padini Warehouse di Glenmarie. Fiqah ni kadang2 tu agak rajin la jugak pegi warehouse sale ni. Sebab kadang tu barang2 memang murah sgt2. Tapi warehouse Padini yg Fiqah pegi ni memang gempak giler. Ingatkan hari ni hari Jumaat orang tak ramai. Kitaorang sampai tepat jam 9am, time tu kiranya baru start la. Tapi sampai2 je dah tengok keta banyak. Mak aiiiiii....Terkejut jugak. Nak masuk pun berhimpit-himpit. Kat dlm tu pun tak payah cakap. Bila time nak membayar pun punyalah seksa. Memang menduga betul. Tapi bila dikenangkan balik, memang berbaloi-baloi la. Mana tak nya setiap item RM5 je kan.

Barang2 yang dilelong pun boleh la tahan. Kalau betul2 selongkar memang akan dapat yg lawa2 and ada setengah barang tu masih dalam balutan plastik lagi, contohnya baju kemeja SEED & PADINI. Lawa plak tu. Ada setengah orang tu Fiqah tengok siap dapat Blazer lagi. Cantik sgt. Itu memang kes betul2 selongkar la tu. Untung orang tu. Fiqah sempat shopping utk anak buah ngan utk adik2. Inilah warehouse yang Fiqah penah pegi yang memang tak bole nak cakap mcm mane. Memang PACK giler...Sabo jelah..Hehehe...

No comments:

Post a Comment