Wednesday, August 10, 2011

NORMA..KAMI SENTIASA MENDOAKAN NORMA.

Memang dah lama mengikuti blog Moon utk tengok tengok perkembangan Norma. So, bila Moon update di Facebook yang kisah Norma akan keluar di MHI TV3 pagi tadi, memang Fiqah tak nak lepaskan peluang utk tengok sekali sebagai tanda sokongan. Fiqah tengok dgn hubby. Tunggu depan TV dari jam 6.30am coz tak sure pukul berapa kisah Norma akan start.

Ya Allah...bila video bagaimana keadaan Norma sekarang & juga bagaimana Talib yang bersungguh-sungguh menjaga Norma, hanya Tuhan jelah tau betapa sebak dan terharunya hati Fiqah time tu. Kesian sangat2 tengok Norma. Dia nampak lemah sangat. Tak banyak gerak. Dalam hati terus berdoa, Sembuhkanlah Norma Ya Allah demi anaknya Rafiq & suaminya Talib.

Semasa video ditayangkan tu, ada temu bual dengan Talib jugak. Fiqah dapat rasa yang Talib sebenarnya cuba menahan sebak sepanjang perbualan dalam video tu. Buat Talib, jangan berputus asa. Kami semua takkan berhenti mendoakan kesihatan Norma untuk Talib. Norma sesungguhnya amat beruntung kerana memiliki suami setabah & sekuat Talib.

Buat Moon, you doing a great job today. Fiqah berbangga sangat dengan Moon. Jangan berputus asa. Kami sentiasa mendoakan Moon sekeluarga..

Buat sesapa yang tak sempat tengok siaran ni tadi kat MHI, boleh tengok kat bawah ni iye.


2 comments:

  1. mereka sekeluarga sgt tabah.mudahan cepat sembuh..amin.

    ReplyDelete
  2. Ash,
    Amin..
    Fiqah akui, mereka sekeluarga memang sangat tabah.

    ReplyDelete