Saturday, July 9, 2011

DUGAAN BETUL...

Da lama rasanya Fiqah tak update blog Fiqah ni. Bukan ape, takde idea sebenarnya. Kehidupan seharian seperti biasa. Diteruskan seperti biasa. Meniti hari2 bahagia bersama suami tersayang. Hari ni pula, hari bermalas-malas sedunia ngan hubby gara2 tak leh nak kuar. Maklumlah, dengan operasa BERSIH...(tidak paham dengan sesetengah orang yg tidak bersyukur dengan nikmat yg telah diberikan oleh ALLAH)

Errmm..semalam Fiqah ikut mak mertua & hubby menziarah sedara baru lepaskan bersalin baby sulung. Comel sangat. Sebijik muka bapa dia. Seronok tengok diaorg. Dalam hati terus tertanya.. bila pula turn Fiqah? Jawapan yang takde pada Fiqah. Hanya ALLAH saja yang maha mengetahui.

Sehari sebelum tu plak, ziarah rumah sedara lagi di Putrajaya plak. Dijadikan cerita isterinya tengah preggy 18 minggu. Lepas tu, dua2 husband and wife excited tunjuk gambar scan baby diaorang. Kali ni Fiqah betul2 terasa. Coz last Fiqah scan baby Fiqah dulu before Fiqah hilang dia pun masa kandungan 16 minggu. Ikutkan malasnya nak tengok. Tapi Fiqah paham, diaorang excited kan. So, Fiqah tengok jelah. YA ALLAH..Tuhan je tau perasaan masa tu. Nyaris nak banjir. Fiqah gagahkan hati jugak. Buat2 senyum. Masa balik, Fiqah cakap kat hubby pasal ni. Hubby terus potong cerita. Hubby kata jangan sedih2. Dia tahu Fiqah terasa. Fiqah pun cepat2 cerita yang happy2. Fiqah tak nak sedih2. Walaupun kadang tu hati ni terasa lemah gak. Fiqah berserah je pada ALLAH.

Pada insan2 lain yg senasib dengan Fiqah, kita sama2 lah bersabar. InsyaAllah, dugaan kita ini pasti ada rahmatnya. Sesungguhnya Allah menyayangi orang banyak bersabar. Moga, hari2 yang mendatang akan memberi lebih rahmat pada kita. InsyaAllah..

7 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. faham sgt ape fiqah rasa.kalu saya,sy pun rasa sama.
    what 2do kan..tak le nak expect org faham apa kita rasakan..mereka tak lalui apa kita lalui.biar kita je la faham kgembiraan mereka.

    mudahan dgn kesabaran,allah kurniakan rezki buat fiqah.faham sgt ape fiqah rasa.kalu saya,sy pun rasa sama.
    what 2do kan..tak le nak expect org faham apa kita rasakan..mereka tak lalui apa kita lalui.biar kita je la faham kgembiraan mereka.

    mudahan dgn kesabaran,allah kurniakan rezki buat fiqah.

    ReplyDelete
  3. Wahai temanku Fiqah. Kadang-kadang sik dapat juak kita nak bendung tindakan orang lain. Maybe sebab sidak happy, nya cuba ajak kita happy juak.

    Apa-apa pun, kita nang terpilih menerima ujian sebegini. Kamek sentiasa doakan kita semua k. Kadang-kadang apa yang kita mahu sik semestinya apa yang kita perlu.

    ReplyDelete
  4. Ash: Mudah-mudahan rezeki kita sama2 dipermurahkan lepas ni yek. Fiqah pun tengah mengumpul kekuatan utk percubaan kali ke-3. Yg penting sekarang, Fiqah kena sentiasa kuat dan tabah dengan segala kemungkinan kan.

    Melna, nang betul padah kitak. Niat sidaknya nang mok suruh kita happy sekali. sik mok sedih2. cuma kita tokla kadang2 lemah. Kamek doakan rezeki kita semua akan smpi juak kelak. Amin...

    ReplyDelete
  5. Keep strong... Insya Allah.
    I am not strong to be in that situation as well..
    Even update weekly pregnancy kawan2 d FB pum sya hidekan.
    People wont know what we feel n they will never know how to handle our feeling.
    So kita ja kena jaga hati kita kan. Hehehe...

    ReplyDelete
  6. InsyaAllah Fiqah, akan tiba masanya kita semua mengandung kembali dan insyaAllah kita selamat melahirkan anak yang sihat dan sempurna..Amiinnn...

    Pernah dengar tak Law of Attraction? Apa yang kita fikir itu yang akan datang pada kita...Mana tau keadaan yang macam tu petanda Fiqah akan melaluinya juga tidak lama lagi..Amiiinn..

    ReplyDelete
  7. Adila...yelah....nama pun perempuan. ada masanya memang kita tak kuat. Fiqah sendiri kalau ternampak kat FB pasal member preggy, crite pasal anak2 memang kalau bole nak elakkan. Sabar jelah. nak buat macam mane.

    Mama Dhia: Amin..Memang itu yg Fiqah harapkan. Cuma Fiqah kena lebih kuat drpd sebelum ni. Percubaan kali ke 3 memang harapan Fiqah sgt2 nanti. Sekarang pun Fiqah cuba jadi sepositive yg mungkin. Tak nak sedih2. InsyaAllah, semuanya akan dipermudahkan nanti :)

    ReplyDelete