Wednesday, June 8, 2011

PELAGUS: PART 2

Akhirnya...sampai..Rumah George Pelagus..

Cuaca panas. Boleh tahan gak 3 jam atas perahu panjang ni. Mencabar..
Ni lah boat kami...
Pengangkutan utama orang kampung.


Daripada Sibu perjalanan kami diteruskan ke Kapit. Perjalanan ambik masa lebih kurang 3 jam setengah daripada bandar Sibu menggunakan boat ekspress. Nasib kami baik, coz boat ekspress yg kitaorg naik tu bole tahan lajunya. 3 jam je dah sampai di Kapit. Kami bertolak jam 7.30am. So, dalam 10.30am. Sampai je Pasar Kapit, kitaorang pusing pasar Kapit yang kecik je tu. Lepas je makan tengahari, kami teruskan perjalanan menggunakan perahu panjang pula. Sepatutnya dalam masa 2 jam lebih bole sampai. Tapi coz barang2 kami banyak, so perjalanan perahu tu macam lambat sikit. Takpelah, biar lambat asal selamat.

Cuaca memang panas tak ingat. Tapi seronok. Hubby pun seronok sangat. Dia kata kalau bole nak naik perahu lagi lama. Pengalaman macam ni susah nak crite. Kalau lalui sendiri barulah tau macam mane syoknya. Hehehe...Sungai Rajang sepanjang perjalanan kami cetek sangat. Ni lah kali pertama Fiqah tengok Sungai Rajang yang begitu cetek. Batu2 semua timbul. Bila nak masuk ke anak sungai, Sungai Pelagus untuk ke rumah panjang, keadaannya lebih teruk. Boleh dikatakan sepanjang perjalanan tu kena tolak je perahu. Banyak jeram2 yang merbahaya gak. Menurut kata orang kampung, sungai Pelagus ni cetek coz projek Bakun. Sekarang ni diaorang tengah sekat air untuk Bakun tu. Kesian aku tengok keluhan orang kampung. Setakat ni dah 2 perahu patah dua akibat jeram kat sungai ni. Setahu Fiqah la tak penah ada kes macam ni.

Nantikan sambungan seterusnya k... :)))

1 comment:

  1. bes2..saya yang tgk pun rasa nak try pengalaman gini =p

    ok..next piccas please.hehe

    ReplyDelete