Saturday, May 14, 2011

BERSABARLAH..

Dalam kebahagiaan dan keseronokkan Fiqah dan suami bulan ni, banyak juga dugaan yang kami kena tempuhi. Semalam, buat pertama kalinya aku tengok suami balik dalam keadaan yang betul2 down. Sedih betul tengok hubby macam tu. Apa yang kami tempuhi tu biarlah jadi rahsia kami. Sampai je di rumah, hubby terus masuk bilik & baring. Dia kata kenapa satu persatu yang datang kepada kami pada masa yang sama. Aku cakap kat hubby, sabarlah. Semua yang berlaku ni bersebab & pasti ada hikmahnya nanti. Redha jelah.

Secara jujur, aku sendiri kadang2 rasa macam dah tak larat nak tanggung semuanya. Ada masanya rasa give up sangat2. Macam ada saja yang tak betul. Tapi aku tau, aku tak bole menampakkan kelemahan tu kat depan hubbyku. Kalau aku kuat, InsyaAllah..dia pun akan kuat juga nanti. Lagipun, makin banyak Allah duga kita, maksudnya Allah sayang kat kita dan supaya kita lebih dekat padaNYA. Takpelah abang. Kita sama2 bersabar k. InsyaAllah, sekiranya kita bersabar & terus kuat, semuanya akan berakhir juga nanti. Kita berdoa dan berdoa apa yang terbaik untuk kita k. Sayang kat abang...

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. " (Surah Al-Baqarah ayat 286)

3 comments:

  1. kadang2 Allah bagi ujian dulu,baru datangnya rezki..
    moga tabah ye kamu berdua..
    mudahan dimudahkan perjalanan seterusnya nanti..

    ReplyDelete
  2. Ash,Amin..TQ. InsyaAllah, dengan izinNYA semua akan ok nanti :)))

    ReplyDelete
  3. Mena kata Ashra ya. InsyaAllah selepas ujian dan dugaan, banyak rezeki dan perkara manis akan datang. Amin..

    ReplyDelete