Thursday, January 27, 2011

MY DREAM..

Semua orang ada angan2 dan dream tersendiri kan..Rasanya tak salah kalau kita nak berangan. Sebab dari angan2 tulah nanti InsyaAllah kalau kita rajin berusaha & tak putus asa semuanya akan tercapai. Selain daripada ingin memiliki cahaya mata sendiri, aku juga ada personal dream. Sekarang ni aku tengah usaha keras untuk mencapainya walaupun dalam perjalanan ke arah tu macam2 dugaan yang aku kena tempuhi. Tapi itulah lumrah kehidupan. Apa ertinya hidup kalau asyik senang je kan. Daripada kesusahan & dugaan itu lah nanti yang akan mematangkan kita.

Bercerita pasal dream ni, sekarang ni pun aku da dapat sikit walaupun tak banyak kan.. Alhamdulillah. Setelah setahun lebih aku tekad berhenti keje dan bekerja sendiri, dengan izin Allah online biz aku sekarang semakin ok. Terus terang aku katakan, aku lebih puas hati dengan apa yang aku buat sekarang ni. Walaupun kadang tu rasa penat coz most of the time aku kena mengadap laptop, tapi aku rasa lagi puas hati. Kalau aku rajin, at least reward aku dapat lebih dan sebaliknya. Berbanding dulu keje bawah orang, keje rajin macam mane pun gaji macam tu juga. Bukan nya boz pandai appreciate pun. Kena marah lagi ada. Kadang tu tak paham, apa yang diaorang nak sebenarnya.

Dulu aku ni memang tak percaya pasal biz sendiri ni. Sampai hubby pun tension coz dia memang suka biz sendiri. Hehehe..Tapi tulah, kesabaran hubby aku juga, last2 aku berjinak2 dengan dunia biz ni. Aku mula betul2 dari bawah. Modal permulaan aku dulu cuma dalam RM400.00 je. Aku korbankan duit simpanan aku. Alhamdulillah, berkekalan sampai sekarang. Aku memang tak nak berhenti. Aku nak keje lebih keras & rajin. Kalu bole satu hari nanti aku nak ada butik aku sendiri. Tapi aku tau, jauh lagi tu. Tapi yang pasti satu hari nanti mesti akan tercapai. Cuma tak pasti bila je lagi :)

"We create our Tomorrows by what we dreams today"..

1 comment:

  1. tica..ia suatu permulaan yang bagus..su pun bercita2 macam tu..

    ReplyDelete