Thursday, June 5, 2014

CUTI - CUTI SEOUL 14-19TH MARCH 2014 PART 2

Salam & Selamat pagi semua. Kita sambung balik cerita semalam k. Daripada guesthouse kami, kena naik MRT dulu. Agak jauh jugala. Ambik masa dalam 1 jam macam tu naik MRT. Lepas tu kena naik feri dalam 10 minit baru smpi di Pulau Nami. Pulau Nami memang sangat2 cantik. Boleh dikatakan semua sudut cantik untuk ambik gambar. Pada sesapa yang pegi Korea, harus ke Pulau Nami. Rugi kalau tak pegi.
Ni masa nak beli tiket feri untuk ke Pulau Nami.
Ni lah feri yang kita akan naik. Perjalanan kejap je. Dlm 10-15minit dah sampai.
Yeayyyyy !!! Dah sampai Pulau Nami. Kejap je. Time ni memang masing2 dah lupa diri la kejap. Buzy ambik gambar sana sini. So, kita layan gambar2 sekitar Pulau Nami k.
Cantikkan? Errmmm, seriously nak pegi lagi rasanya. InsyaAllah ada rezeki nanti. Lepas penat pusing2, kitaorang lunch makan nasi goncang. Nasi Goncang ni memang famous kat Nami Island. Lagipun memang itu je pun yang kita bole makan. 
Inilah Nasi Goncang. Lauk tuna, telur & kimchi. Simple je. 
Kami order juga Kimchi Pancakes. Sebab semenjak sampai tu tak pernah lagi merasa. Memang sedap. Lepas makan, kami relax kejap. Kat Nami Island ni ada surau. So senanglah kalau nak solat. Lepas selesai solat, kami teruskan lagi jalan2 sekitar Nami Island.
Syoknya big boss 2 orang ni. Relax betul.
Kat Nami ni, kalau nak naik basikal, ada je utk disewa. Macam Fiqah sebab baru lepas operation,
Fiqah tak dapat nak naik. Sedih. Fiqah cuma naik basikal yang roda 4 tu je. Tapi sayang, lupa ambik gambar. Huhu.
Bestkan naik basikal macam ni. Dapat pusing 1 Pulau Nami. Ok, dalam pukul 5pm macam tu, kami dah ready untuk balik. Sedihnya nak tinggalkan Pulau Nami. Macam tak puas. Tapi sebab nak balik ke Seoul jauh, so terpaksalah juga balik.
Sempat ambik gambar dalam MRT. Oh iye.. Yang berdiri tu, itulah tour guide kami masa ke Nami Island. Namanya Amirul. Banyak info kami dapat daripada Amirul. Amirul akan jadi tour guide kami sampailah hari terakhir kami di Seoul. Kiranya sepanjang percutian kat sana, kami ada 3 tour guide.
Sampai di Seoul, kami minta kat Amirul nak makan Korean Food. Sbb nak merasa juga.
Kami makan kat sini. Tak ingat area mana. Cuaca pula hujan. Bertambah sejuklah.
Kami order Bibimbap. Tapi yang vegetarian la. Sebab ayam semua kita tak boleh makan. Sedap sangat2 walaupun hanya vegetarian.
Buktinya, LICIN !!! Haha. Nampak sangat kelaparan.

Masa on the way nak balik ke guesthouse, sempat singgah gerai Ahjumma ni. Nak makan Fish Cake & Buah Berangan. Buah berangannya besar sangat. Puas hati makan. Sedap & manis. Sporting betul Ahjumma ni. Siap posing ambik gambar sekali.
Cuaca sejuk malam tu sebab hujan. So bila layan Fish Cake ni memang sedaplah kan.
Ohh iye. Orang korea ni memang suka sangat baby. Si kecik Nadim ni sangat famous kat sana. Ada je Nuna & Ahjumma yang nak dokong dia. Kira glamour la kan. Hehe. Malam tu, before balik guesthouse, Fiqah & Hubby jalan2 jap kat Myeondong. Nak tengok pemandangan malam pula.
Time ni rasanya dah pukul 9pm macam tu. Tapi still ramai orang. Memang meriah area Myeondong ni.
Sebab sejuk, sempat grab Tobokki pula..
Bukan main lagi. Asyik makan je kerjanya. Abis diet. Huhu.

Esok paginya, kami bergerak mcm biasa pukul 10am untuk ke Lotte World. Yeayyy !!! 
Puing2... Semua happy.






Lotte World ni sangat2 besar. Sbb ada indoor & outdoor sekali. Satu hari memang takkan habis punya. Sayangnya, gambar tak byk pula time kat Lotte World ni sebab camera buat hal. Haih.

Hari terakhir kami di Seoul, Korea kami ke Namsan Tower. Wah, cepat betul masa 6hari 5malam berlalu. Masing2 macam masih tak puas lagi. Rasa macam byk lagi tempat yang kami nak pegi. Tapi apa boleh buat. 

Masa kami ambik gambar ni, kami masing2 cakap. Kerana Running Man lah kami sampai sini.
Huhu. Puas hati.


Couple yang paling comel sekali di Namsan Tower. Fiqah sangat2 suka gambr ni. Hehe.
Comel je Mak & Ayah :)



Namsan Tower memang terkenal dengan kunci ni. Tapi kami tak letak pun. Lupa nak beli.
Pemandangan Seoul daripada Namsan Tower.

Kami di Namsan Tower sampai pukul 12pm. Pergi lunch kejap di Yoogane untuk terakhir kali sebelum balik ke Malaysia. Seperti biasa makan nasi goreng seafood yang sedap tu. Lepas kenyang, kami terus ke guesthouse, ambik luggage and bertolak ke airport. 
Sebelum pergi airport, sempat ambik gambar dengan tuan punya guesthouse, Mr Young Woon. Memang sangat2 baik. Guesthouse pun cantik & sangat2 bersih. Tq Mr Young Woon for your hospitality.
Kepada tour guide kami Azree, Jara & Amirul. Tq So much. Kami sangat2 puas hati dengan servis yang diberikan. InsyaAllah, kalau ada rezeki kita akan berjumpa lagi. Sebab ada plan nak ke Jeju & Busan pula. So, pada sesapa yang memerlukan tour guide yang bagus & murah, jemputlah singgah ke LURIMA TRAVEL. Boleh juga singgah ke Page mereka di Facebook .

Keseluruhannya, trip yang sangat2 best. Happy sebab dapat holiday with family. Seoul memang sebuah bandar yang sangat2 cantik & bersih. Harapan, agar dapat datang ke Seoul, Korea satu hari nanti :)

Wednesday, June 4, 2014

CUTI - CUTI SEOUL 14-19TH MARCH 2014 PART 1

Bulan March 2014, ngam2 sebulan lepas Fiqah buat operation, Fiqah & family mertua semua pergi bercuti ke Seoul Korea. Percutian yg ni memang kami dah rancang daripada pertengahan tahun 2013 lagi. Oleh kerana anak menantu semua gile variety show & drama Korea, so mak mertua & ayah mertua bersetujulah untuk percutian kali ni kami ke Korea pula. Last kami pergi bercuti satu keluarga pada September 2012. Time tu kami pilih Sabah. Utk kali ni, kami pilih untuk keluar daripada Malaysia pula. 

Flight kami ke Seoul Korea pada 14th March 2014 pukul 8am. Ambil masa 6 jam utk sampai ke Seoul. Naik kematu jugak duduk lama dalam flightkan. Tapi bila sampai je di Incheon Airport, semua penat dalam kapal terbang automatik hilang. Kami disambut dengan angin sejuk & cuaca dingin masa di Incheon Airport. Musim masa tu awal Spring. So memang best sangat2. 

Ohhh ya... Sebelum terlupa, kami menggunakan tour guide student2 Malaysia yg belajar kat sana. So memang jauh lebih murah daripada tour guide yg lain. Cumanya perjalanan tu banyak menggunakan public transport & MRT. So, memang kena tahan sikit la. Sebab banyak berjalan kan. Pada sesapa yang berminat nak menggunakan servis mereka, boleh la layari: LURIMA TRAVEL Pasti puas hati. Sebab yang menguruskan pun bangsa kita sendiri kan. So senang la sikit. 
Daripada airport, kami terus ke guesthouse. Kami tinggal di area Myeondong. So memang happening la tempat ni. Myeondong ni terkenal dengan kawasan shopping barang kosmetik. Guesthouse kami terletak dikawasan berbukit. So selama 6 hari kat sana, kami exercise pagi & malam. Hehe. Guesthouse sangat2 selesa dan bersih. Kami ambik 2 unit sebab ada 11 orang. Owner guesthouse ni pun sangat2 friendly.

Lepas rehat & solat, kami pegi cari tempat dinner pula. Dekat Korea memang susah nak cari tempat makan yang betul2 halal. So memang kena pandai2 lah kan. Macam pakej yg kami ambik ni, memang dah termasuk transportation, makan2 & tiket2 tempat yang kami akan lawat. So, kami just ikut je. Hari pertama kami dinner di Yoogane. Terletak di Myeondong. Kami makan nasi goreng seafood.
Yang pakai topi tu lah Tour Guide kami, Azree :)
Nasi goreng ni sangat2 sedap. Orang sana namakan nasi goreng ni Pokembab. Diaorang akan goreng nasi ni depan2 kita. Oleh kerana kelaparan, memang sekejap je habis licin. Hehe. Sabo jelah. Lepas makan, kami ke Cheonggyecheon Stream. 
Pemandangan memang cantik. Ditambah pula cuaca sejuk, memang best. Jalan pun tak terasa penat sangat. Walaupun untuk ke sini, kami kena bertukar banyak MRT. 

Esoknya lepas breakfast di guesthouse, kami pergi ke Namdaemun untuk shopping souvenir pula. Beli awal2 sebab hari yang lain2 kami malas nak shopping lagi dah. Sbb kami sekeluarga memang bukan kaki shopping pun kalau pegi bercuti. Kami lebih prefer jalan2 tengok pemandangan :)
Perjalanan kami bermula. Tengok tak muka masing2 sangat excited. Pagi2 kena bersenam. Turun bukit ni. Hehe. Jalan paling depan sekali, tour guide kami, Azree.

Dalam bas pun siap ambik gambar. Haha. Jangan marah. 
Lepas je abis shopping, kami lunch di Itaewon. Itaewon ni tempat famous sebab kat sini banyak pelancong. Kami lunch di Ankara Palace, Turkish Restaurant.
Lepas perut kenyang, kami teruskan perjalanan ke Masjid di Itaewon utk solat pulak. Exercise lagi sebab masjid ni terletak di kawasan berbukit.
Lepas solat, kami teruskan perjalanan ke Hanok Village pula. Tempat ni sangat2 cantik. 
Lepas puas berjalan, hari kedua ni kami dinner makan Rabokki pula di Sindangdong Topokki Street.
Kesian, muka masing2 dah penat dan lapar.. Hehe..
Ok, tamat sudah cerita perjalanan kami hari ke-2 di Seoul. Esok paginya pula kami mulakan program kami dengan kelas membuat Kimchi pula.
Masing2 gigih potong sayur ikut arahan Cikgu. Bestnya dapat buat Kimchi sendiri lepas tu siap pack & bawa balik Malaysia :)
Budak 2 orang ni pun joined sekali. Mesti Kimchi diorang yang paling sedap nantikan.
Tadaaa !!! Dah siap.. Tunggu untuk pack & dibawa balik je..
Lepas kelas buat Kimchi habis, kami ambik gambar kenangan menggunakan pakaian tradisional Korea pula.
Kecomelan sangat2 terserlah. Hehe. Fiqah suka sangat gambar ayah & mak ni. 
Gambar kenangan dengan cikgu kami. Harap2 ada rezeki kita jumpa lagi iye.

Hari ke-3, kami makan di Yoogane lagi sekali. Makan Nasi Goreng Seafood lagi. Nasi Goreng ni dah jadi kegemaran kami sekeluarga. Memang sangat2 sedap. Lepas perut kenyang, kami teruskan perjalanan ke Gwanghwamun Square & Gyeongbokgung Palace pulak.
Lama juga kami kat sini, sebab kawasan sangat2 luas. Untuk dinner kali ni pula, kami makan ikan bakar.
Masa on the way nak pegi tu, boleh pula terjumpa Choo Sarang. Yeayyyy !!! Walaupun hanya 
papan iklan saja. Sebab Fiqah memang peminat Choo Sarang yang sangat2 comel ni. Fiqah selalu cakap kat hubby. Nak tengok selalu muka Choo Sarang ni. Nanti kalau dapat baby, dapat baby comel macam Choo Sarang. Hehe. Amin :)
Oleh sebab dah terlalu penat, cuma ada sekeping gambar ikan ni je. Haha. Kesian betul. Tapi memang sedap. Ikan mackarel ni memang favourite Fiqah pun. Memang puas hati sebab dapat makan ikan bakar ni kat sana. 
Malam tu, sampai je di guesthouse, kami ambik gambar kenangan dengan tour guide kami pula. Orangnya yang paling kanan sekali. Student Malaysia daripada Sabah, Jara. Tq Jara bawa kami jalan2 :)

Oklah, setakat ni je dulu. InsyaAllah, esok atau lusa, Fiqah update perjalanan kami ke Nami Island, Lotte World & Namsan Tower pula k. TQ :)